“Sekali Beli Sampai 20 Pasang” – Elisya Sandha Tak Malu Pakai Baju Bundle

Pelakon Elisya Sandha akui mencuri masa untuk mendapatkan lebih 20 pasang baju terpakai daripada kedai bundle berdekatan kediamannya di Ampang.

Hal itu dilakukan Elisya demi menjayakan karakter gadis miskin dalam drama bersiri Puteri Yang Ditukar.

“Daripada episod 1 sampai 20 saya menggunakan pakaian bundle saja sebab nak menjayakan karakter gadis miskin. Jadi tak boleh nak pakai baju berjenama.

“Sepanjang awal penggambaran saya hanya bersolek nipis dan memakai baju bundle saja yang sempat saya beli sebelum memulakan penggambaran beberapa bulan lalu.

“Saya sendiri perlu cari baju yang bersesuaian satu persatu lebih kurang 20 pasang dan cuci sendiri. Namun, itu hanyalah peng0rbanan kecil saya untuk karakter Amira kalau nak dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain,” katanya.

Menjayakan watak Amira yang pernah dilakonkan oleh Nikita Willy menerusi naskhah asal adaptasi sinetron Indonesia merupakan impian Elisya.

“Daripada 676 episod sinetron Putri Yang Ditukar, saya cuma sempat menonton 100 lebih episod sahaja. Memang sinetron itu saya minat sejak dahulu lagi.

“Malah, saya juga meminati Nikita yang pernah melakonkan watak sama seperti yang saya lakonkan kali ini,” tambahnya.

Elisya melakonkan watak Amira, seorang gadis miskin yang dipertemukan dengan gadis dan keluarga kaya, Zahirah yang akhirnya berpeluang menyambung pelajaran di sebuah kolej yang diidamkan.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’m so nervous and excited at the same time! 🙊❤️ 2 more days #PuteriYangDitukar #orangetreeproduction #astroprima #slottiara

Siaran dikongsi oleh Nur Elisya (@elisyasandhaofficial) pada

Drama 80 episod Puteri Yang Ditukar turut dilakonkan oleh Eyra Hazali, Julia Farhana, Ikmal Amry dan ramai lagi.

Puteri Yang Ditukar bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di saluran Astro Prima dan Prima HD.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: catatan terakhir 


Hantar Komen