Selain Michael Ang, Rupanya 10 Selebriti Terkenal Ini Juga Telah Memeluk Islam

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita Michael Ang yang rupanya telah memeluk agama Islam lebih dari setahun.

Michael Ang membuat pengakuan tersebut di Instagram beliau dengan memuatnaik gambar kalimah Allahu Akbar dah caption.

Kalau nak tahu, sebenarnya selain Michael Ang ada lagi selebriti Malaysia yang telah memeluk Islam yang mungkin ramai yang tak tahu.

 

1. Stacy

Stacy merupakan penyanyi terkenal Malaysia dan pernah dinobatkan sebagai juara  rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6 pada 17 Mei 2008.

Beliau yang dilahirkan di Kota Kinabalu menukar agama kepada Islam pada 25 Ogos 2015 dan memilih nama Ummu Shaikhah Stacy binti Anam sebagai nama Islamnya.

Pada 5 Februari 2016, Stacy telah berkahwin dengan penyanyi terkenal, Akim Ahmad.

2. Mark Adam

Mark Adam atau nama sebenar Marcus Adam Macaraig Echivarre merupakan warga Filipina yang berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001.

Beliau kini antara penyanyi, pelawak dan pelakon yang cukup dikenali di Malaysia.

Mark Adam atau nama Islamya, Fikri Mark Adam Abdullah  berkahwin dengan Norazah Redzuan pada tahun 2003 selepas 2 tahun memeluk Islam.

3. Adam Corrie Lee

Adam Corrie merupakan seorang pelakon Malaysia popular yang dulu sering memegang watak antigonis.

Beliau dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika usia 39 tahun.

Menurut Adam Corrie, beliau mendapat hidayah ketika di dalam mimpi apabila didatangi seorang yang bercahaya putih dan memberitahu “Islam adalah pegangmu”

Beliau yang kini masih aktif berlakon sering berkongsi nasihat dakwah melalui Instagram miliknya.

4. Daphne Iking

Daphne Iking ialah seorang peragawati, pengacara dan pelakon yang berasal dari Sabah.

Selain sangat aktif di sosial media, Daphne Iking juga salah seorang Youtuber popular di Malaysia.

Pada 8 Januari 2011, Daphne telah memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Azmi Abdul Raman.

5. Marsha Milan Londoh

Marsha Milan Londoh merupakan seorang penyanyi dan pernah menjadi peserta Akademi Fantasia musim ketiga.

Marsha mengaku telah memeluk Islam sekitar bulan Disember 2015 dan kekal menggunakan nama asalnya.

Pada 31 Desember 2016, Marsha Milan Londoh dan Mohamed Shaiful Nizam sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.

6. Anuar Chew Kim Wah

Chew Kin Wah merupakan seorang pelakon berbangsa Cina yang terkenal di Malaysia.

Beliau yang banyak membintangi dalam filem dan drama mula berlakon sejak berumur 19 tahun.

Beliau telah memeluk agama Islam pada tahun 2013 dan menggunakan nama Anuar Chew atau Anuar Abdullah.

7. Tiara Jacquelina

Tiara Jacquelina ialah seorang seniwati kelahiran Malaysia yang mula popular  melalui filem Puteri Gunung Ledang.

Beliau kini adalah pengasas dan pemilik syarikat Enfiniti Productions yang mengkhususkan kepada penerbitan tv, filem dan teater.

Tiara telah memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bekas suaminya, Allahyarham Hani Mohsin pada tahun 1993.

8. Marion Caunter

Marion Rose Caunter ialah seorang pengacara tv Malaysia mula terkenal kerana mengacara rancangan 8TV Quickie.

Pada 17 Disember 2010, beliau telah memeluk Islam dan sah diijabkabulakan sebagai isteri kepada usahawan terkenal, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

9. Mat Dan

Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler telah menetap di Malaysia sejak tahun 2009 dan mula popular di Malaysia kerana petah bercakap dalam dialek Terengganu.

Beliau pernah muncul dalam beberapa program di TV juga mempunyai rancangan realiti sendiri “Mat Dan Kaki Jalan” yang di tayangkan di Astro.

Pada Januari 2013, dia telah memeluk Islam dengan bantuan abang angkatnya, Zakaria Sulong.

10. Amelia Henderson

Amelia adalah seorang pelakon Malaysia yang mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun.

Beliau  yang memeluk Islam menukar nama kepada Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah dan telah berkahwin pada 14 Ogos 2015.

Bagaimanapon, hubungan mereka tidak berkekalan dan Emelia membuat pengakuan telah berpisah sekitar 2018.

Kalau ada nama yang tertinggal, korang boleh komen di bawah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: missviraltv via ViralGempak


Hantar Komen