“Selamat Pengantin Baru Wak Doyok” – Amyza Aznan Dedah Wak Doyok Sudah ‘Berkahwin’, Ini Sebabnya

Pelakon Amyza Aznan telah membuatkan ramai yang terkejut apabila mendedahkan bahawa Selebriti terkenal, Wak Doyok telah selamat berkahwin. Umum mengetahui yang beliau masih bujang dan aktif berniaga.

Menerusi entri di Instagram (IG), Amyza mengucapkan selamat pengantin baru kepada Wak Doyok berserta gambar mereka bersama-sama. Antara ucapan beliau:

“Selamat pengantin baru Wak Doyok! Tahniah Wak Doyok yang fun, chicky dan humble.

“Selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke Jannah. Sayang awak ket4t2,” tulisnya.

Ada sebab kenapa ucapan begitu

Namun, menerusi entri tersebut juga, Amyza menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri kenapa memberikan ucapan selamat pengantin baru pada Wak Doyok

“Jangan gelabah uols, ni wish in advance dari Kak Kaaia hahhahahahh, ye la takut nanti bila dia kawin, bukan dia sempat nak baca pon wish Kak Kaaia nih,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan kapsyen yang ditulis oleh Amyza namun mereka faham setelah membaca apa yang diperkatakan olehnya. Pastinya ianya usikan sebagai seorang teman yang rapat dengan Wak Doyok. Mereka sekadar mengimbau kembali, tarikh tersebut sepatutnya Wak Doyok telah berkahwin. Amyza terkenal dengan usikan gurauan dikalangan rakan-rakan.

Sebelum ini Wak Doyok pernah menjelaskan bahawa dia sepatutnya sudah melangsungkan perkahwinan dengan seseorang yang tidak mahu didedahkannya pada April 2017.

Bagaimanapun, perkahwinan itu terpaksa dibatalkan kerana hubungan mereka puutus di tengah jalan sebelum disatukan. Peminat mengucapkan semoga Wak Doyok bertemu jodoh dengan insan yang sesuai dan sama-sama melayari alam rumah tangga.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Astrogempak via CelotehSaje


Hantar Komen