Selepas 15 Tahun, Zul Ariffin Akhirnya Disatukan Dengan Rakan Lama

Siapa sangka pelakon terkenal Zul Ariffin, 33 rupanya pernah memulakan kariernya bersama Ashraf Sinclair apabila bergandingan dalam iklan komersial sekitar 2004.

Namun 15 tahun telah pun berlalu dan mereka kini digandingkan sekali lagi menerusi filem aksi terbaru J Retribusi.

Menurut Zul, dia mula mengenali Ashraf sejak berusia 17 tahun, malah suami kepada Bunga Cinta Lestari itu antara individu terawal yang dia kenal ketika mula berjinak dalam industri.

“Alhamdulillah, selepas 15 tahun kenal, akhirnya dapat berlakon bersama dengannya. Ibaratnya dapat berlakon sama dengan kawan lama.

“Agak kelakar juga bila sebelum ini memang kami tak pernah pun berpeluang untuk berlakon sama. Bila dah 15 tahun baru berkesempatan bergandingan,” katanya.

Ditanya tentang perubahan wataknya dalam filem terbaru ini, Zul menjelaskan karakter Jay agak berlainan kerana dia tidak lagi bertugas untuk Unit Tindakan Khas (UTK).

“Jay sebalikya telah diambil menjadi pengawal peibadi seorang anak orang kaya. Apa yang boleh saya terangkan, watak Jay kali ini lebih bebas dan tidak terhad seperti filem terdahulu,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, J Retribusi adalah sekuel kepada filem J Revolusi dan dijangka ditayangkan pertengahan tahun depan.

Zul akan bergandingan dengan pelakon Amelia Henderson,Datuk Rosyam Nor, Ashraf Sinclair dan ramai lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Viral

Sumber: Gempak via Lepat Pisang


Hantar Komen