Selepas Gagal Permohonan Cer4i! Nabila Fail K3s Hadanah Pula, Ini Yang Akan Belaku kepada Anaknya Jebat..

ISTERI pelakon terkenal Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahk4mah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Perkara itu diberitahu oleh peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila juga kakak kepada Neelofa itu, selepas sebutan kali pertama permohonan interim itu, hari ini.

Menurut Azmi, permohonan interim hadanah itu difailkan oleh anak guamnya pada 13 September lalu yang juga bagi menentukan hak lawatan Sharnaaz Ahmad, 34, terhadap Jebat yang berusia setahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Si jantung hati. Ada je benda comel dia nak buat hari2.. ❤️🥰

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

“Permohonan Noor Nabila dibuat mengikut Se3ksyen 201 Akta Tatacara Mal Mahk4mah Syariah Wilayah Persekutuan.

“Sharnaaz melalui peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader sudah menerima dokumen dan sepatutnya memfailkan afidavit balasan pada tarikh sebutan berikutnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, selepas menerima afidavit balasan daripada Sharnaaz, pihaknya pula akan memasukkan afidavit balasan.

Justeru, mahk4mah kemudian menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula permohonan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Love of my life @jebatjayden #1yearold

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Dalam prosiding itu, Noor Nabila, 34, memakai jubah dan tudung hitam hadir ditemani keluarganya, manakala Sharnaaz tidak hadir dan dia diwakili peguam Akberdin.

Noor Nabila sebelum ini memfailkan percer4ian terhadap Sharnaaz di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada 11 September lalu selepas desas-desus mengenai rumah tangga mereka hangat diperkatakan media.

Bagaimanapun, Sharnaaz menolak permohonan cer4i yang difailkan Noor Nabila dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian sebaik Noor Nabila memuat naik sekeping foto dipercayai berada di kompleks mahk4mah itu menerusi Instagram miliknya, 29 Ogos lalu.

Noor Nabila juga did4kwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Sumber : Metro


Hantar Komen