“Selepas Tiga Bulan”- Bella Astillah Akui Masih Berhubung Dengan Aliff Aziz, Enggan Komen Mengenai Bakal Rujuk Semula

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah enggan mengulas lanjut mengenai status rujuk semula dengan bekas suaminya, penyanyi Aliff Aziz.

Jelas Bella, mereka masih berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar namun tidak bersedia berkongsi cerita mengenai situasi berkenaan.

“Selepas tiga bulan bercer@i, Aliff masih ada menghubungi saya dan biasanya bertanya khabar masing-masing atau anak kami, Ayden. Saya tak nak bermvsuh dengan sesiapa.

“Soal dia pujuk saya untuk rujuk semula itu privasi, saya tak bersedia untuk bercerita mengenai perkara itu.

“Saya selalu percaya kalau ada jodoh, adalah. Tak kisahlah pasangan yang sudah berpisah berpuluh-puluh tahun pun.

“Saya reda dan percaya dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya hanya menunggu,” jelas Bella kepada Gempak.

Bella yang ditemui pada majlis doa selamat dan prapelancaran telefilem Kerusi Kecil di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui tidak mudah untuknya betul-betul ‘move on’ dalam hubungan rumah tangganya yang sudah putus.

Namun, dia memilih untuk memaafkan dan enggan dibelenggu rasa sedih atau kecewa.

“Sebenarnya saya sudah memaafkan, itu yang membuatkan saya kuat. Ia perlahan-lahan membuatkan saya rasa tenang, tiada rasa sakit hati dan benci pun hilang.

“Tak mudah nak move on terutama bagi pasangan yang terlalu rapat macam saya dan bekas suami. 

“Tetapi pilihan kita untuk terus bersedih atau ceria dan saya pilih untuk gembira sebab saya masih ada keluarga dan anak.

“Setiap kali rasa sedih, saya akan memandang wajah Ayden. 

“Kadang-kadang sebenarnya saya sendiri terlalu sibuk hingga tiada masa untuk bersedih pun,” kata Bella.

Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu dikatakan kerap berlaku cvrang bersama wanita lain.

Bella memfailkan permohonan cer@i secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tert@ngkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak


Hantar Komen