“Siapa tak nak kahwin, umur saya dah berapa…” – Kamal Adli Kongsi punca percintaannya berakhir

PELAKON Kamal Adli mengakui banyak melakukan kesilapan sehingga menjadi punca hubungan cintanya dengan beberapa selebriti kecund4ng di tengah jalan.

Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 33, hubungan percintaan yang dilalui menjadi h4mbar berikutan sikap dirinya yang terlalu selesa dan mengambil mudah terhadap pasangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by K.A (@kamaladli) on

“Saya tak nak menyalahkan mana-mana pihak, mungkin salah itu pada saya. Saya melalui hubungan yang panjang dengan setiap pasangan dan kira-kira 12 tahun dalam hubungan percintaan.

“Bila hubungan terlalu panjang membuatkan saya selesa dan tidak meletakkan matlamat untuk berkahwin. 

“Saya juga sering terlupa tarikh-tarikh penting yang biasanya diingati oleh pasangan yang baru bercinta. Perkara itu nampak remeh bagi lelaki tetapi besar bagi perempuan yang banyak memend4m perasaan,” ujarnya kepada mStar. 

Kamal ditemui ketika majlis pra tonton eksklusif dan sidang media filem Dato’ S di GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kamal tak putus asa bercinta walaupun 12 tahun kecund4ng.

Sementara itu, Kamal berkata, perg4duhan dalam sebuah perhubungan itu perlu diselesaikan dengan cara perbincangan bukannya menunding jari antara satu sama lain.

“Bila perg4duhan terjadi dalam hubungan itu, kita perlu duduk dan berbincang bukannya pend4m dan pergi atau sering mencari kesalahan masing-masing,” ujarnya.

 

Siapa tak nak bercinta? Siapa tak nak kahwin? Umur saya pun dah berapa.

Kamal Adli

Pelakon

Dalam pada itu, Kamal berkata, kegagalan yang dilalui tidak mematahkan semangatnya untuk mencari pasangan yang sesuai dan membina rumah tangga.

“Siapa tak nak bercinta? Siapa tak nak kahwin? Umur saya pun dah berapa. Tunggu, InsyaAllah. Kamal pun berkawan saja, tengoklah macam mana.

Kamal pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Intan Ladyana selama enam tahun sebelum mengumumkan perpisahan pada 2014.

Aktor ini kemudian dikhabarkan bercinta dengan pelakon Emma Maembong, namun kedua-dua mereka men4fikan g0sip itu.

Terkini, Kamal dikatakan mempunyai hubungan dengan pelakon sensasi Uqasha Senrose apabila kerap digandingkan bersama dalam drama.

Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad ini memberitahu, dia tidak kisah jika dikaitkan dengan sesiapa juga wanita selagi masih berstatus single.

“Ramai je orang g0sipkan saya dengan artis-artis lain, sementara single, saya tak kisah dikaitkan dengan sesiapa,” katanya.

 

Sumber : Mstar


Hantar Komen