Sisi Gelap Pelajar Kolej Di Malaysia

Bila sahaja dengar pelajar kolej swasta, mesti terlintas di fikiran penulis, mereka mesti terdiri dari golongan mewah atau berada. Tapi sebaliknya yang diceritakan oleh saudara Reza Zainal ini.

Ramai antara mereka yang masih tidak mampu menyewa atau mendapatkan tempat tinggal berdekatan kolej. Malah yang menyewa bilik duduk berhimpit di dalam sebuah pangsapuri dan berkongsi hingga berbelas pelajar.

Pada fikiran penulis, tempat tinggal yang terhad berdekatan kolej telah meningkatkan kos sewa rumah atau bilik yang melampau. Contohnya, kos sewa sebuah pangsapuri di sekitar Sunway, Selangor bukan 1,000 atau 2,000 ringgit, tetapi 4,000 ke 5,000 ringgit, kata Reza. Tapi jarang kita dengar tentang hal ini.

Dalam coretan beliau juga ada menceritakan tentang seorang pelajar kolej yang berulang-alik jauh dari Seremban ke Sunway setiap hari kerana tidak mampu menyewa bilik. Ada juga yang terpaksa bekerja untuk menampung kos pembelajaran mereka.

Jom ikuti coretan penuh yang dipetik dari laman Facebook beliau:

“Saya baca ada pelajar Uitm Shah Alam kena berkongsi rumah seramai 15 orang kerana sewa rumah mencecah RM1000 sebulan.

(Gambar sekadar hiasan)

Pelajar UM pun sama tetapi sewa mencecah RM2000 sebulan.

Anak saya belajar di Sunway Uni.

Sama jugak situasinya. Banyak Condo-condo disana dibuat macam rumah sarang semut dimana penyewa membuat bilik-bilik kecil di ruang tamu dan bilik tidur utk disewa kepada pelajar-pelajar.

(Gambar sekadar hiasan)

Satu apartment boleh berbelas jugak. Apartment tau, bukan rumah.

Sewa satu apartment di Sunway bukan main 1-2 ribu malah 4-5 ribu.

Tapi ini semua kita jarang dengar. Orang bukan Melayu saya rasa lebih cekal kerana mereka tahu yg mereka tidak ada Menteri dibelakang mereka utk mencari jalan menyelesaikan masaalah tempat tinggal pelajar-pelajar di kolej swasta.

Jadi perkara ini sudah biasa bagi mereka.

Kita hanya ingat pelajar-pelajar di private uni ni semua dari golongan orang yg berada

Dulu pun saya ingat begitu.

Selepas Umar masuk disana barulah saya tahu ramai jugak ibu bapa pelajar-pelajar ini dari golongan yg kurang berada. Drebar teksi dan kerani antaranya.

Mereka tahu yg quota universiti tidak menyebelahi mereka dan jika mereka mahu anak mereka melanjutkan pelajaran maka mereka kena masuk kolej swasta.

Banyak juga pelajar disana kena kerja sambilan di restoran-restoran yg berlambak-lambak berdekatan universiti. Mereka bekerja utk menampung perbelanjaan mereka.

Kawan baik Umar kena berulang-alik dari Seremban setiap hari utk belajar. Naik pengangkutan awam.

Keluar rumah jam 5:30 setiap hari.

Ayahnya tidak mampu menyewa bilik untuk anaknya.

Ini bukan keluarga Melayu tau.

Baguslah jugak Umar belajar disana.

Ia membuka matanya melihat yg bukan hanya orang Melayu susah tetapi semua jenis bangsa dan ugama.

Yg memisahkan kita kelak adalah usaha.”

Sumber : Reza Zainal


Hantar Komen