Syafie Naswip Muatnaik Status Putus Tunang, Tak Sangka Rita Rudaini Pun Komen Dan Ini Yang Dia Tulis

Berita tentang putus pertunangan antara Syafie Naswip dan Aishah Azman ternyata mengejutkan ramai pihak bukan sahaja di kalangan peminat malah rakan-rakan artis lain.

Dalam status yang dimuat naik Syafie itu, beliau dilihat begitu positif meskipun diuji putus pertunangan dengan Aishah, malah kata-kata beliau langsung tidak menyalahkan sesiapa.

” Ajal.M4ut.Jodoh.Pertemuan semua dengan izinNYA. Kita doa yang baik2 sahaja ya. Stay Positive and Spread The Love”, tulis Syafie di Instagram beliau.

Apa yang menarik, status tersebut bukan sahaja mendapat reaksi pengikut beliau yang memberi kata-kata dorongan malah rakan artis lain iaitu Rita Rudaini. Rita dilihat menulis komen dengan meminta agar Syafie bersabar dengan ujian ini.

” @syafienaswip ada sebab ALLAH bg sesuatu terjadi dan ada sesuatu yg lebih baik ALLAH ganti di masa depan Ucu….’love from kak long”, tulis Rita

Syafie dilihat turut membalas komen Rita tersebut dengan berterima kasih, “@ritrud727 tq kak long.. aminn syg kak long”, balas Syafie

Sementara itu rata-rata netizen turut membalas komen yang ditulis Rita itu dengan memberi kata-kata sokongan kepada Syafie.

” @ritrud727 betul tu Kak long…. @syafienaswip ada yg lebih baik menanti my do hadapan.

” Tak pew lah…anggap x dew jodoh dikk…Allah nak atur jaoh lebey baek…be strong k

” In sha Allah ada yg terbaik bakal menyusul.. Semua Allah tentukan

Terdahulu pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman mengesahkan ikatan pertunangan yang dibina tiga bulan lalu terlerai. Menerusi laporan Astro Gempak, Syafie memberitahu keputusan berat itu dibuat atas persetujuan bersama.

Syafie turut mengakui dia gagal untuk menghadapi dugaan semasa tempoh bertunang dan menganggap apa yang terjadi melibatkan kematangan dirinya.

Ini punca putus pertunangan

” Tidak ada orang ketiga mahupun masalah keluarga tetapi sy rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk diteruskan.

” Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu sy tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

” Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri sy,” katanya.

Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

Spekulasi mengenai hubungan Syafie dan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Syafie sebelum ini menerusi laporan mStar pada 12 April lalu memberitahu dia tidak mahu menunggu lama untuk menamatkan zaman bujang memandangkan sudah tiba waktu sesuai untuknya berkahwin.

Syafie dan Aishah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun Syafie dan Aishah pernah meluahkan hasrat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun ini juga.

Aishah turut bersuara

Dalam pada itu, Aishah enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perpisahan mereka namun mengakui dugaan yang dilalui terlalu berat.

” Buat masa sekarang saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan. Kalau pihak Syafie mahu berkata apa-apa, sy tidak boleh menghalang.

” Sy akui dugaan ketika bertunang sangat berat,” ujarnya.

Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 

Sumber: mstar


Hantar Komen