“Tahniah Untuk Baby Yang Ketiga”- Penampilan Terbaru Shaheizy Sam Buat Ramai Geli Hati

Susuk tubuh sasa Shaheizy Sam ketika menerajui filem aksi mungkin menjadi dambaan ramai, namun isterinya, Syatilla Melvin, mempunyai pandangan berbeza.

Syatilla yang juga seorang pelakon lebih menyenangi bentuk badan Sam yang berisi kerana aktor itu tidak perlu melakukan rutin senaman dan diet ket4t.

“Jujurnya, saya tidak mahu Sam diet kerana bentuk tubuhnya ketika ini adalah dirinya yang sebenar. Mungkin ramai yang tidak tahu, Sam suka makan dan amat berselera apabila menikmati sesuatu hidangan.

“Jadi, apabila dirinya perlu memulakan diet, saya rasa dia tidak menjadi diri sendiri kerana terpaksa mengawal selera makan. Namun, kegigihannya untuk mendapatkan susuk tubuh bersesuaian demi menjayakan karakter bukanlah perkara baharu.

“Sekiranya kami keluar makan, Sam hanya akan melihat saya makan kerana dia sudah mempunyai perancangan pemakanan yang ditetapkan. Justeru, kalau boleh saya tidak mahu dia mula berdiet, seperti yang dimuat naik di Instagram. Namun, sebagai isteri, seharusnya saya sentiasa menyokong semua keputusan suami,” katanya 

Terbaru, Sam telah memuatnaik satu gambar di laman Instagramnya yang menunjukkan penampilannya setelah lebih seminggu menyambut Aidilfitri.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Demm laa. Baru siang tadi dalam hati dah berkata-kata, “esok lusa hilang la lemak ni”. Makanan, kenapa kau sedap sangat? 😔

Siaran dikongsi oleh Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) pada

Kapsyen Instagram :

DEMM LAA. BARU SIANG TADI DALAM HATI DAH BERKATA-KATA, “ESOK LUSA HILANG LA LEMAK NI”. MAKANAN, KENAPA KAU SEDAP SANGAT? 😔

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut merasa terhibur serta terkejut dengan penampilannya yang terbaru.

Tahniah untuk baby yang ketiga.

Tila dah beranak, Sam tak mengandung tak beranak..

Haha sama laa kita…

Malah, isterinya turut memberikan komen terhadap foto tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram Shaheizy Sam via catatan terakhir


Hantar Komen