
Jika anda jemu dengan berita artis buka tudung, ini pula kisah bekas penyanyi dan rapper popular Mizz Nina yang membuatkan ramai salute dengan perubahan dirinya.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman pernah membawa nama ke persada antarabangsa apabila dia berduet dengan penyanyi-penyanyi Amerika seperti Colby O’donis dan Flo Rida dalam lagu-lagunya.
Namun sejak penghijrahannya untuk lebih mendalami Islam, Mizz Nina telah menarik diri dari industri hiburan dan kini dia sedang berusaha untuk menarik semua foto-foto dan video-video dirinya yang ada di Internet semasa dia tidak menutup aurat.
Lihat siaran ini di InstagramJalan2 #DayTrip #Istanbul #camlicamosque @lanteraventures #Alhamdulilah
Sungguhpun ia agak mustahil kerana sentiasa akan ada netizen yang memuat naik video-video sebelum penghijrahannya, Mizz Nina tetap melihat perkara itu dari sudut positif.
“Mungkin ada hikmah. Barangkali, melalui video dan gambar lama itu orang boleh lihat penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan saya. Saya masih lagi akan terus berusaha untuk memadamkannya mengikut prosedur…” katanya.
Dia juga mengaku lebih gembira dengan kehidupannya sekarang yang banyak menyertai misi kemanusiaan serta menglibatkan diri dalam produksi program-program bersifat islamik.
Sumber: Harian Metro via HCL