“Tiba-tiba Aisy Mateen Meraung” – Yana Samsudin Pelik Anak Menangis, Mungkin ‘Dah Perasan’ Awal

SUASANA sebak menyelubungi keluarga pelakon Yana Samsudin ketika bapanya, Samsudin Jamuri menyanyikan lagu Musafir di Aidilfitri pada majlis  keluarga mereka di Yong Peng, Johor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Takda kata kata… Kami menang sebak tadi sebab tetiba abah nak nyanyi tahun ni… selalunya abah kalau ada majlis dia hanya muncul 1-2 jam sahaja sebab abah cepat penat al maklum dah 74 tahun. Tapi bila dia nak nyanyi lagu raya.. saya terus datang kat dia . Dapat rasa dia tengah sedih sayu.. cuma peliknya tetiba Mateen yang tetiba meraung. . . Bila tengok balik gambar ni dah dapat faham kenapa. @aisymateen dah perasan dari awal. . . Mungkin abah teringat arwah mak dia.. dah pergi tinggalkan kami 2015.. 😭 . . Rindu arwah nenek, dan lirik lagu tu… 😢 dan paling sedih rasanya mateen .. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah pergi…. . Selamat hari raya semua.. terima kasih siapa yang datang open house Samsudin keluarga.. maaf ada kekurangan salah silap . Maaf zahir dan batin. 🙏🏻 #OpenHouseYanaSamsudin . . Abah Arty Rejimen 2 . Tahun bersara 1988. Last kem Kluang . . 💐🌺🌞Happy father’s Day!!!!!!🌞🌺💐 . . Dalam ni ada Atuk Zaid dan Nenek Rahmah (yang nyanyi lahu ibu tu) , dioarg suami isteri dan Atuk Zaid ni adik arwah nenek yana. Dia dulu penulis akbar @utusanonline tempatan sambilan. . . #ErtiKesyukuran #CIMBForward @cimbmalaysia

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Menurut Yana atau nama sebenar Norliana Samsudin, lagu itu membuatkan mereka terkenang arw4h neneknya yang meningg4l dunia pada 2015.

Lebih mengundang rasa hiba apabila kesedihan itu turut dirasai oleh anaknya iaitu Aisy Mateen yang turut sama menangis semasa menyaksikan kejadian tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you beb … Ko dengar je anak aku masuk hospital terus datang melawat. Gue pun terkejut beb , dengan muka tak mandi dan tak tidur lagi! Hahaha . . Rupanya anak @shahrol_shiro pun masuk wad juga. . . . Anak dia check in sehari awal dari @aisymateen mateen. Anak dia lagi kesian , ada 3-4 kuman dalam paru paru badan anak dia sampai hidung anak dia berdarah.. 😭😢 . Semoga anakanda Iskandar cepat sembuh ya… . Katanya 3 ekor kuman tu dah mati tinggal sekor lagi… walaupun anak dia sakit tapi masih sempat melawak.. . . Beb, kalau 3-4 ekor je kuman masuk dalam badan kita tak effect apa apa , kita boleh pukul je kuman tu beramai ramai sebab kuman tu kecik beb. Tapi ni beribu ribu lemon beb! Tak boleh buat apa! . . Dia ni lawak tak habis habis nasib baik pagi pagi tu dia datang melawat dengan wife dan kawan kawan lain. . . Dia pun terpaksa balik Kluang hari tu sebab ada kerja nak habis kan. Kami pula ke JB dan KL semula. Tak sempat melawat anak dia. Semalam dah keluar. . . Beb walaupun kita berjauhan , take care and thank you for this friendship. Sama je dulu sampai sekarang. Kalau terjumpa je terus sebut “Lari lari Raya!!! ” hahaha! Lol 😂 . . Semoga anak ko cepat sembuh k! #SilangtanganAnakKluang ! ✌🏻 #MateenDanMommy

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

“Kami memang sebak sebab tiba-tiba abah nak nyanyi tahun ni. Selalunya abah kalau ada majlis dia hanya muncul satu hingga dua jam sahaja sebab abah cepat penat al maklum dah 74 tahun.

“Tapi bila dia nak nyanyi lagu raya, saya terus datang dekat dia dan dapat rasa dia tengah sedih sayu. Mungkin abah teringat arw4h mak dia.

Yana bersama bapa tersayang.

“Cuma peliknya tiba-tiba Mateen yang meraung, bila tengok balik gambar ni dah dapat faham kenapa! Aisy Mateen dah perasan dari awal,” katanya.

Isteri kepada pelakon Fadzil Zahari itu berkongsi rakaman tersebut di Instagram pada Sabtu.

Yana dan suami menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh keluarganya di Yong Peng, Johor.

Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini berkata dia turut merindui arw4h neneknya dan lirik lagu tersebut memberi makna yang cukup mendalam buat mereka.

“Nenek dah pergi tinggalkan kami 2015. Rindu arw4h nenek dan lirik lagu tu… paling sedih rasanya Mateen.

“Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah pergi. . Terima kasih siapa yang datang open house Samsudin keluarga. Maaf ada kekurangan salah silap,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebenarnya kami ulang alik dari Hospital Batu Pahat ke Johor Bahru. Kelmarin Rabu pagi Jam 3.30pagi, tengah kami masih lagi gigih nak habis kan meeting kat Johor Bahru dapat satu panggilan dari rumah Yong Peng. Memang rare kalau dapat panggilan pagi pagi sipie ni. Mesti ada kecemasan. 😨😨 . Rupanya betul, mateen demam panas sangat sampai macam kena sawan. Mak kata badan dia keras kaku. Kami masa tu terus minta diaorg cari klinik 24 jam sementara kitorang nak gerak dari JB.. Tapi kan Yong Peng kan pekan kecik takda klinik 24 jam. Nasib baik Klinik Kesihatan Yong Peng dekat juga. . Kami sampai sana pukul 5pagi 🥺 masa sampai tu mateen dah diberi ubat punggung. Doctor pun nasihatkan kami untuk terus bawa Mateen ke Hospital Pantai Batu Pahat . Sampai je Hospital, Mateen Warded.. . So kat sini Yana nasihatkan pada semua, tak kira lah dah ada anak atau dah bercucu ataupun tak kahwin lagi. Yang travel jauh atau nak tinggalkan anak pada penjaga, bawa ubat dan tolong lah bagi ubat ikut masa/dos yang ditetapkan. – 4jam sekali! . Jika panas tak juga kebah, jangan selimutkan dan beri ruang udara panas untuk keluar. . Kalau ada anak anak yang pernah kena sawan pertama kali , peluang untuk kena kali ke2 adalah tinggi! ni dah kena stanby ubat macam ni, . Check suhu pakai thermometer kalau 38′ darjah je , kerap basah kan kepala dan bahagian pelipat seperti celah ketiak atau kelengkang dengan tuala basah. Ngiringkan kiri lepas tu masuk kan ubat ni “Febrile fit Suppository Voren ” , tuam Tuam dengan kain lembab. Jaga suhu biar turun. . Kalau terkena juga Sawan terus ke hospital, jangan tangguh lagi. Bahaya! Karang tak bernafas biru dak tu Allahuakbar sedihnya kalau berlaku! . Tu lah, apa yang berlaku kat kami kelmarin kami sangat sangat panik. Walaupun anak sedara kami pernah mengalami pengalaman anak nya kena Fit banyak kali. Kami tak rasai saat kecemasaan tu kami cuma dengar je apa yang perlu di lakukan. Dan bayangkan masa kejadian kelmarin tu kami takda di sisi Mateen! 😢 . Semalam malam juga kami terpaksa ke JB semula untuk lengkap kan meeting. Sedih sebab terpaksa tinggal kan mateen kami yang sebelum ni ceria.. #MateenDanMommy #tipsbolehgunapakai —sambung cerita next post

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Sumber : Mstar


Hantar Komen