“Tidak Ada Beza Pangkat, Kaya Atau Populariti Seseorang Itu,” – MasyaAllah…Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Tunai Haji

Fardhu haji tahun ini menyaksikan jutaan Umat Islam yang mendapat seruan dariNya, berada di tanah suci bagi menyempurnakan Rukun Islam Kelima itu.

Malah, ramai juga golongan selebriti tempatan yang turut berpeluang, mendapat rezeki tahun ini untuk melakukan ibadah haji, antaranya Ashraf Muslim.

Menerusi perkongsian terbarunya di Instagram, pelakon tersebut menyatakan rasa syukur atas rahmat selepas dipermudahkan segalanya selama sembilan hari berihram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahirrahmanirrahim… Dengan rasa penuh bersyukur pada Allah swt. Setelah melalui pelbagai dugaan, halangan dan keseronokkan dalam berihram selama 9 hari, berwukuf di Arafah dimana diturun rahmat Allah setelah 19 tahun tidak pernah hujan tapi pada waktu itu hujan cukup untuk memberitahu yg Allah ini Maha besar. Kemudian bermabit di Mudzallifah hanya lepak sekejap di sana dan kemudian bermalam di Mina bg melontar jamrah, dimana kami semua berjalan kaki sejauh 7 ke 8km pergi balik utk melontar selama 3 hari berturut-turut. Seronoknya bila bersama-sama jemaah Muassasah TH di dalam satu khemah. Tidak ada beza pangkat atau kaya atau popularnya seseorang itu. Kami disini ingin mencari perkara yang satu iaitu mendambakan diri utk Allah, memohon keampunan dan pembersihan hati utk mendapat nikmat dari Allah yg tak terjangkau akal kita. Allahuakbar.. masih tak percaya AM telah selesai menunaikan tanggungjawab kita sbg umat islam iaitu rukun islam yg ke-5. Kalau nak cerita mcm2 kalau boleh.. tp sbb nak azan isyak jap lagi so nnti AM cerita lagi.. . . @lembagatabunghaji #IslamItuIndah #PerjalananHajiKu . . . @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #SalamsayangSampaiKeSyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

“Bismillahirrahmanirrahim… Dengan rasa penuh bersyukur pada Allah swt. Setelah melalui pelbagai dugaan, halangan dan keseronokkan dalam berihram selama 9 hari, berwukuf di Arafah dimana diturun rahmat Allah setelah 19 tahun tidak pernah hujan tapi pada waktu itu hujan cukup untuk memberitahu yg Allah ini Maha besar.

“Kemudian bermabit di Mudzallifah hanya lepak sekejap di sana dan kemudian bermalam di Mina bg melontar jamrah, dimana kami semua berjalan kaki sejauh 7 ke 8km pergi balik utk melontar selama 3 hari berturut-turut.

“Seronoknya bila bersama-sama jemaah Muassasah TH di dalam satu khemah. Tidak ada beza pangkat atau kaya atau popularnya seseorang itu. Kami disini ingin mencari perkara yang satu iaitu mendambakan diri utk Allah, memohon keampunan dan pembersihan hati utk mendapat nikmat dari Allah yg tak terjangkau akal kita.

“Allahuakbar, masih tak percaya AM telah selesai menunaikan tanggungjawab kita sbg umat islam iaitu rukun islam yg ke-5,” tulisnya panjang lebar.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti menyatakan syukur serta mendoakan agar mereka turut sama mendapat panggilan haji pada masa depan.

Selainnya, selebriti lain yang turut sama berada di tanah suci bagi merebut haji mabrur ialah Erra Fazira, Datin Seri Umie Aida serta suami, Datin Seri Nor Shahida serta ibu mertua, Wany Hasrita, Fizo Omar dan ramai lagi.

Foto: Instagram Ashraf Muslim

Apa Kata Anda

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Limau Manis Press

 Sumber:Media Hiburan


Hantar Komen