Tul4r Foto Wanita Hantar ‘Grab Food’ Sambil Kendong Anak, Suami Tampil Perjelas Situasi Sebenar!

Demi kelangsungan hidup pelbagai cara manusia lakukan untuk mendapatkan rezeki yang halal. Diakui sememangnya pada zaman kini, kos sara hidup tinggi, lebih-lebih lagi buat yang tinggal di bandar-bandar besar.

Apa pun cara selagi tidak melanggar undang-undang, usaha untuk mencari rezeki menggunakan tenaga empat kerat sendiri menjadi keutamaan. Bukan simpati yang dipinta, namun cukuplah dapat mengisi perut keluarga sendiri.

Sejak beberapa hari lalu tular dengan dua foto yang memaparkan seorang wanita yang menghantar makanan menggunakan aplikasi Grab Food sambil menggendong anaknya yang masih kecil.

Foto yang tular sejak beberapa hari lalu

Berikut adalah foto yang tular tersebut:

Timbul simpati netizen

Foto ini telah membuatkan netizen berasa simpati dan menginsafi diri berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan. Ini antaranya:

Bagaimanapun menerusi sebuah laporan, suami kepada wanita berkenaan memperjelaskan kisah sebenarnya.

Penjelasan sebenar

Menurut lelaki itu, isterinya bukan bekerja dengan Grab Food. Foto itu dirakam ketika dia sendiri sedang membuat penghantaran terakhir di Kampung Kerinchi, Bangsar.

Pada ketika itu kebetulan isterinya mahu makan di situ dan dia membawanya sekali. Malah dia turut terkejut apabila gambar isteri dan anaknya itu mula tular sejak beberapa hari lalu.

“Kebetulan anak saya nak aiskrim, isteri saya pun nak beli makanan di McDonalds, jadi saya membawa mereka sekali untuk mengambil tempahan yang dibuat.

“Kemudian saya menghantar mereka di rumah terlebih dulu kerana rumah saya dekat dengan rumah pelanggan yang membuat tempahan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia risau disebabkan penularan itu mungkin tidak boleh membuat perkhidmatan GrabFood lagi.

Harapnya selepas ini, sebelum mahu merakamkan gambar orang tidak dikenali dan menularkannya, selidiklah dulu ya!

Sumber: Twitter / Free Malaysia Today via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!


Hantar Komen