Tunai Haji Sendirian Tanpa Mahram, Erra Fazira Berangkat Ke Tanah Suci

Erra Fazira kini sedang menantikan detik untuk berangkat ke tanah suci, bagi mengerjakan haji.

Difahamkan primadona alaf baru itu telah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama jemaah lain.

Sementara itu menerusi Insta Stories juru solek merangkap sahabat kepada bintang berkenaan, Erra dilihat memeluk erat anak tunggalnya, Engku Aleesya sambil kyusuk mendengar alunan azan.

“Terdahulu, heroin Hingga Hujung Nyawa berusia 45 tahun ini menerusi laporan media menyebut, dia akan terbang ke Makkah selama dua minggu sendirian.

Malah, Erra mengakui sudah pendam hasrat untuk melakukan haji lebih lima tahun lalu.

“Lima tahun saya simpan hasrat dan ada syarat-syarat perlu dipatuhi, tahun ini masa sesuai tambahan pula usia pun dah layak.

“Alhamdulillah akhirnya saya dipanggil ke sana. Ini kali pertama saya tunaikan haji, saya pergi seorang diri, maklumlah tak ada mahram,” katanya seperti yang dipetik mStar.

Pada masa sama, Erra yang turut berdoa agar haji yang bakal ditunaikan kelak mendapat haji mabrur.

Erra Fazira Bakal Tunai Haji Ogos Depan, Buat Rukun Islam Kelima Seorang Diri Tanpa Mahram

Primadona alaf baru, Erra Fazira difahamkan akan mengerjakan haji bulan hadapan.

Malah, pemergiaannya ke tanah suci kira-kira selama dua minggu itu juga tidak akan ditemani rakan atau ahli keluarga.

“Erra akan ke sana tanpa ahli keluarga atau kawan kawan. Insya-Allah Erra akan berada di Mekah selama dua minggu,” menurut rakan terdekatnya, seperti yang dipetik MHE.

Malah, dikhabarkan penyanyi Jendela Hati itu turut merakamkan rasa teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menjadi tetamu Allah.

Erra sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah beberapa tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, bintang senior ini baru sahaja selesai menjayakan pembikinan filem Wangi arahan Yeop Hitler.

Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan ramai lagi.

Foto: Instagram Erra Fazira

Sumber: Media HiburanHuhuu 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 


Hantar Komen