Unggul 3 Kali Rangkul Anugerah Utama, Ini Reaksi Terkini Tok Ti Andai Anta Permana Berjaya Ke AJL Tahun Ini!

Buat kesekian kali, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu setakat ini dia masih kekal dengan pendirian untuk tidak berentap dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), meski lagu nyayiannya, Anta Permana berjaya meneruskan saingan ke pertandingan nyanyian berprestij itu.

Perkata tersebut dimaklumkan penghibur terkenal itu selepas beberapa kali diasak dengan persoalan sama oleh para peminat yang merindui kelibat penyanyi berkenaan di anugerah muzik tahunan itu.

“Seperti yang saya sudah beritahu sebelum ini, saya mahu berehat dari menyertai Anugerah Juara Lagu.

“Setakat ini saya tetap dengan pendirian tersebut,” katanya.

Terdahulu, Siti ditemui sejurus selesai menjayakan konsert mini Shopee X Simplysiti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Sabtu.

Difahamkan, Hael sebelum ini belum terbuka hati untuk ‘membenarkan’ penyanyi lain menggantikan tempat Siti kerana lagu dan ‘jiwa’ Anta Permana sememangnya dicipta khas buat penyanyi nombor satu negara itu.

Kali terakhir Siti berentap di AJL adalah pada pada tahun 2007 menerusi lagu Destinasi Cinta.

Sepanjang persiangannya di AJL, ibu kepada seorang cahaya mata ini unggul dengan merangkul anugerah utama sebanyak tiga kali iaitu menerusi lagu Jerat Percintaan (AJL11),  Cindai (AJL13) dan Balqis (AJL15).

Antara Permana merupakan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Shopee x SimplySiti, kalau korang teror, apa tajuk lagu ni? Btw, vokal tetap mega kan?? ♥️ #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : Instagram Siti Nurhaliza/Carian Google via MH


Hantar Komen