[VIDEO] “Body Sh4ming Is Not Ok..” – Fazura Terkilan

Aktres, Nur Fazura, ber4ng dengan tindakan pelakon, Faezah Elai, yang mempersend4kan bentuk tubuh wakil penerima trofi ketika acara Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Fazura, 35, menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai memalukan, tak berwibawa dan tidak sihat kepada masyarakat.

“Kenapa perlu berjenaka sampai tahap mahu mengaiibkan orang? Kalau di Amerika Syarikat, mana-mana artis yang bersikap sebegitu sudah lama dig4m dan ditamatkan program mereka.

“Tetapi di negara ini, boleh pula orang suka (jenaka sebegitu). Satu dewan, termasuk pengacara, turut mentertawakan wanita terbabit sehingga dia kemurvngan seketika.

“Sebagai selebriti, saya rasa perlu untuk bersuara bagi mewakili individu yang tidak dapat menyuarakan hak mereka. Saya takkan berdiam diri walaupun ada yang meminta untuk berbuat begitu,” katanya ketika ditemui pada sidang media Minggu Pertunjukan Fesyen New York 2018 anjuran Peniagawati di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi Sayangi Dirimu ini turut mengec4m tindakan seorang pelawak wanita yang menganggap isu terbabit sebagai sekadar gurauan dan tidak sepatutnya diambil serius.

“Saya tidak setuju dengan pendapat itu. Sebagai pelawak, dia seharusnya mencari bahan jenaka lebih bernas tanpa mengaitkan bentuk fizikal seseorang ataupun apa saja perkara sensiitif.

“Mungkin perkara itu tidak terkena pada dirinya sendiri, jadi bolehlah dia berkata demikian. Jika itulah idea bahan jenaka yang diagungkan olehnya, ia sangat memalukan,” tegasnya.

Terdahulu, Faezah yang menyampaikan trofi kepada wakil Fazura pada majlis anugerah berkenaan mengeluarkan kenyataan berbaur penghin4an apabila mengatakan tubuh gempal wanita terbabit adalah gambaran fizikal Fazura selepas melahirkan lima anak.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Body Shaming IS NOT OK hokey..!! Haaa kan BFF Cik Embong dah marah….Hellooo…Tak tengok Muzik Video lagu terbaru Hael la tu….Tapi tu lah..mungkin artis tersebut tak sengaja kot cakap macam tu..Aktres tu pon dah minta maaf..Netizen kan pemaaf orang nya.. #CikEmbong #suriamalaysia #segalanyahiburan @missfazura

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Soyalemon


Hantar Komen