[VIDEO] Eina Azman Masak Kaki Ayam Buat Bibik, Ramai Puji Sikap Baik Hatinya!

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon Datin Paduka Eina Azman yang sinonim memasak di dapur, lalu berkongsikan menu menarik di media sosial.

Lebih menarik, setiap posting masakan yang dikongsi nyata membuat peminat ‘kecur air liur’.

Terbaru, Eina ada memuat naik satu lagi video masakan tetapi kali ini lebih istimewa sebab hidangan Kaki Ayam Steam Limau khas buat pembantu rumahnya.

“Alhamdullilah done cooking Kaki Ayam Steam Limau for my biks2  #itsdonebyeinaazman #KakiAyamdahREBUSnSTEAM #lupanakrecordtimerebus”tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullilah done cooking Kaki Ayam Steam Limau for my biks2 😘 #itsdonebyeinaazman #KakiAyamdahREBUSnSTEAM #lupanakrecordtimerebus 😅🙈🙏🏻

Siaran dikongsi oleh Eina Azman (@eina_azman) pada

Lantas, perkongsian ibu muda itu mendapat pujian daripada peminat.

Rata-rata peminat memuji Eina yang bersikap sangat baik hati terhadap pembantu rumahnya.

Alahai, ‘sweet’ betul Eina dengan pembantu rumah. Semoga Eina diberikan kesihatan yang dan berbahagia selalu disamping keluarga tersayang.

Untuk rekod, Eina atau nama sebenarnya Ainur m Syakina Azman mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Hurden pada tahun 2014 dan dikurniakan sepasang kembar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram Eina Azman via MH


Hantar Komen