Video The Rock Berborak Dengan Bayinya Jadi TuIar Dan Membuatkan Ramai ‘Cair’

Jika dilihat dari rupa luaran, ramai yang menggeruni akan aktor dan juga bekas ahli gusti terkenal iaitu Dwayne ‘The Rock’ Johnson. Tetapi tahukah anda bahawa The Rock merupakan seorang lelaki yang berhati lembut dan penyayang!

Pada April tahun lalu, lelaki berbadan sasa ini telah dikurniakan anak perempuan keduanya bersama pasangan tercinta, Lauren Hashian. Sejak itu, setiap gambar yang dimuat naik oleh The Rock menerusi laman Instagram akan menjadi tular.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Skin to skin. Our mana. Blessed and proud to bring another strong girl into this world. Tiana Gia Johnson came into this world like a force of nature and Mama @laurenhashianofficial labored and delivered like a true rockstar. I was raised and surrounded by strong, loving women all my life, but after participating in baby Tia’s delivery, it’s hard to express the new level of love, respect and admiration I have for @laurenhashianofficial and all mamas and women out there. Word to the wise gentlemen, it’s critical to be by your lady’s head when she’s delivering, being as supportive as you can.. holding hands, holding legs, whatever you can do. But, if you really want to understand the single most powerful and primal moment life will ever offer – watch your child being born. Its a life changer and the respect and admiration you have for a woman, will forever be boundless. And to my third and youngest daughter, Tiana Gia – like I did when your two older sisters Simone Alexandra and Jasmine Lia were born, you have my word, I’ll love, protect, guide and make ya laugh for the rest of my life. Your crazy dad has many responsibilities and wears many hats in this big ol’ world, but being your dad will always be the one I’m most proud to wear. Oh and one more thing.. you’re gonna love rollin’ in daddy’s pick up truck. #TianaGiaJohnson🌺 #3rdDaughter #BlessesAndGratefulMan #ImInTROUBLE

A post shared by therock (@therock) on

Terdapat beberapa gambar dan juga video yang menjadi bualan ramai dan membuatkan netizen teruja melihat kecomelan yang dipaparkan oleh bapa itu. Baru-baru ini, The Rock yang sedang berehat di rumah bersama bayinya, Tiana Gia telah berbual bersama dan anaknya itu juga kedengaran seperti membalas semula percakapan bapanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Morning convos! 🍼❤️☕️

A post shared by Lauren Hashian (@laurenhashianofficial) on

Video berkenaan memaparkan Tiana ketawa dan mengekek apabila The Rock dan Lauren berkomunikasi dengannya di atas katil. Reaksi yang ditunjukkan oleh Tiana itu betul-betul menggeletek hati kedua ibu bapanya dan juga netizen.

The Rock juga mempunyai seorang anak perempuan berusia 17 tahun bernama Simone Alexandra hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Dany Garcia. Meskipun telah berpisah sejak tahun 2007, pasangan ini masih lagi mengekalkan hubungan yang baik.

Bersama Lauren Hashian, The Rock dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Jasmine Lia dan juga Tiana Gia. 

“Dia bergurau dengan saya tentang segalanya. Segalanya. Tiada apa yang terhad dalam rumah kita dan itulah keindahannya,” jelas The Rock yang menceritakan mengenai perhubungannya bersama Lauren.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan di Instagram dan meraih reaksi daripada netizen, The Rock berkata:

“Bersyukur dan berbangga kerana dapat melahirkan seorang lagi perempuan yang kuat di dunia ini. Tiana Gia Johnson masuk ke dunia ini seperti kuasa alam semula jadi dan Mama @laurenhashianofficial melahirkannya seperti bintang rock.”

Tambah The Rock lagi, “Kepada anak perempuan saya yang ketiga, Tiana Gia, pegang kata-kata saya, saya akan menyayangi, melindungi, membimbing dan membuatkan awak ketawa untuk sepanjang hidup saya.”

Selain menunjukkan sikap yang penyayang kepada anak-anak, The Rock juga sangat mengasihi dan romantik terhadap Lauren. 

Adakah anda rasa The Rock merupakan seorang bapa yang terhebat di dunia. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: therock|Instagram via Nepalivibes


Hantar Komen