“Amboi Kak Moncong Sampai Macam Tu Sekali…” – Wajah Teruja Adibah Noor Bersama Tun Dr Siti Hasmah Buat Ramai Terhibur

Pada Rabu lalu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyambut hari kelahirannya yang ke-94. Hari ini tiba pula giliran isterinya, Tun Dr Siti Hasmah menyambut hari jadinya yang jatuh pada tarikh 12 Julai (hari ini). Turut meraikan sambutan terbabit adalah penyanyi, Adibah Noor yang telah memuat naik beberapa keping gambar dirinya bersama Tun Dr Siti Hasmah. Momen manis itu dimuat naik menerusi akaun Twitternya beberapa jam yang lalu.

“Saya tanya Tun Dr Siti Hasmah sama ada boleh bergambar atau tidak. Beliau kemudian jawab yang dia boleh bagi lebih daripada itu dan terus peluk saya,” katanya. Dalam pada itu, Adibah turut mengucapkan selamat hari jadi kepada isteri pemimpin kesayangan ramai itu.  

“Happy Birthday Tun Dr. Siti Hasmah, semoga Allah melimpahkan kasih sayang, kesihatan dan kebahagian berpanjangan,” katanya pada laman Twiiternya. Gelagat Adibah bersama Tun Dr Siti Hasmah itu turut mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan keterujaan penyanyi berkenaan.  
Anda boleh lihat komen mereka di bawah:

Untuk rekod, Gempak telah pun menghasilkan video remake khas lagu popular berjudul Standing In The Eyes of The World sebagai penghargaan buat Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah. Lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, ratu rock negara, Ella bersama komposer, Datuk Wah Idris serta penyanyi cilik, Kashika, Umairah, El, Yoyo dan Adinda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tun @chedetofficial and Tun Dr Siti Hasmah, Malaysia’s amazing couple, have always been ‘Standing in The Eyes of The World’. To celebrate their birthdays, Malaysia’s queen of rock @ellaaminuddin and @wah.idris – together with @kashikaselvam @umairah_sairahtarudin, @elfarabifaeez, @yoyocheow and Adinda Tasya – got together to serenade the couple with the one song that all Malaysians know and love. . . Tun @chedetofficial dan Tun Dr Siti Hasmah bukan saja ‘buah hati’ Malaysia, malah dihormati seluruh dunia. Tidak hairanlah lagu ‘Standing in The Eyes of The World’ paling tepat buat mereka! Sempena hari jadi mereka, apa kata saksikan kejutan dari ratu rock Malaysia, @ellaaminuddin, @wah.idris serta penyanyi cilik,@kashikaselvam, @umairah_sairahtarudin, @elfarabifaeez, @yoyocheow dan Adinda Tasya menerusi ‘remake’ istimewa ini! . . Singers/ Penyanyi : Ella, Kashika, Umairah, El, Yoyo Cheow & Adinda. Composer/ Komposer: Dato’ Wah Idris & David Gates Lyrics/ Penulis Lirik : Habsah Hassan Produced by/ Terbitan : Gempak . . #StandingInTheEyesOfTheWorld #TunM94 #TunSiti93 #TunMahathir #TunSitiHasmah #SelamatHariJadiTunMdanTunSiti #AmazingMalaysians #AmazingCouple #CoupleGoals #CeriaPopstar #CeriaMegastarMinistar #AstroGempak

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 Sumber: Gempak


Hantar Komen