“Ya Saya Sudah Bercer4i…” – Natasha Hudson Bahagia Hidup Sendirian Tanpa Suami

Natasha bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat pencer4ian dia dan bekas suami, menganggap apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi.

Kata pelakon berusia 37 tahun itu lagi, dia sangat gembira dan tenang meneruskan kehidupan dengan baik setelah kembali solo.

“Ya, saya sudah bercer4i baru-baru ini dan sangat bahagia kembali hidup sendirian tanpa suami. Cukuplah untuk bersedih buat masa ini.

“Saya pun sudah meneruskan kehidupan dengan baik sekali,” katanya kepada Hangat.com.

Bagaimanapun Natasha menolak andaian orang ketiga sebagai punca percer4ian, dan tidak mahu lagi memanjangkan hal ini kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam perkembangan lain, kini Natasha memberi tumpuan lebih terhadap perniagaan serta meluangkan lebih masa kepada anak-anak, keluarga dan rakan-rakan.

“Buat masa ini saya sibuk menguruskan perniagaan dan banyak meluangkan masa untuk diri sendiri dengan mengembara ke negara lain.

“Saya hanya perlukan energi positif dan lebih fokus untuk diri sendiri sekarang,” katanya.

Ini gambar bekas-bekas suami Natasha Hudson

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Gempak


Hantar Komen