“Zulhuzaimy Tudvh Farid Tidak Kenang Budi..” – Akhirnya Farid Kamil Buka Mulut Cerita Perkara Sebenar

“ Tud0han yang dilemparkan ke atas saya sangat melampau. Saya tidak mengetepikan ahli Spark tetapi Zulhuzaimy yang menolak mereka,” kata pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil.

Dia memberi jawapan balas apabila Zulhuzaimy menarik diri daripada menjayakan filem Remp-It 2 tanpa penyertaan pelakon tambahan daripada Kelab Spark Malaysia.

Farid ketika dihubungi berkata, dia memiliki bukti dan rekod bahawa Zulhuzaimy tidak mahukan ahli kelab berkenaan terbabit dalam projek itu.

“ Dalam pertemuan bersama Zulhuzaimy di pejabat penaja baru-baru ini, saya cadangkan bawa ahli Spark tetapi Zulhuzaimy tidak terima. Dia cakap jangan kaitkan mereka dalam filem ini dan biar dia sahaja berlakon,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai skrip filem katanya, ia lanjutan daripada filem Rempit yang diarahkan Ahmad Idham pada 2006.

“ Saya penulis asal dan berjaya mendapatkan hakcipta daripada David Teo. Kami bersama-sama berlakon dalam Rempit dan sepatutnya menjayakan Remp-It 2,” katanya.

Menurutnya, selepas memohon dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dia membuka langkah bagi mendapatkan tajaan FKX Film Sdn Bhd.

“Saya tidak tahu kenapa timbul isu pemilikan bagi filem baru. Selaku pengarah, saya mendapati skrip tidak bersesuaian dengan filem aksi berdurasi 95 minit.

“ Oleh itu, ia memerlukan jalan cerita baru dan beberapa pelakon lama ketika filem pertama dihasilkan 13 tahun lalu,” katanya.

Farid menjelaskan, dia mempelawa Zulhuzaimy membintangi filem itu dengan bayaran tinggi namun ditolak.

“ Sebenarnya saya cuba mengembalikan semula Zulhuzaimy ke layar perak biarpun ditentang pihak produksi. Sepatutnya dia tidak menguar-uarkan masalah dalaman ini dan menerima tawaran yang diberi,” katanya.

Farid turut menolak dakwaan bahawa dia ibarat kacang lupakan kulit termasuk ahli kelab itu mengumpul dana bagi membantunya di mahkamah.

“ Saya sendiri membiayai kos mahk4mah dan hanya keluarga saya yang dibenarkan datang ke balai p0lis,” katanya.

Terdahulu Zulhuzaimy berkata, dia mengambil keputusan menarik diri daripada menjayakan filem Rem-It 2 berikutan pengarah bersama iaitu Datuk Farid Kamil mahu menghasilkan filem sendiri.

Saya sangat kecewa dengan Farid. Dulu kami bersama-sama, tetapi kini dia mahu bergerak sendiri,” kata pelakon ” dan sutradara filem Zul Huzaimy Marzuki atau Zulhuzaimy, 41.

Zulhuzaimy mendakwa Farid melanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.

“ Berdasarkan perjanjian, Farid mendapatkan tajaan berjumlah RM3 juta manakala saya menguruskan skrip filem. Perjanjian turut menyatakan keuntungan Remp-It 2 akan dimasukkan ke akaun kelab untuk kebajikan ahli,” katanya dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurut Zulhuzaimy, sebaik sahaja kes mahkamah Farid selesai, pelakon itu menghasilkan filem sendiri berjudul Lagenda Budak Motor Cup Prix.

“ Saya ada menerima jemputan Farid sebagai pelakon dalam filem arahannya. Bayaran yang ditawarkan memang lumayan tetapi jika bersetuju, saya menafikan hak ahli yang bersusah payah dengan filem asal,” katanya.

Sehubungan itu dia menolak tawaran malah tidak akan menjayakan Remp-It 2 kerana skrip filem bukan mengenai aktiviti permotoran.

Apa yang mengecewakan Zulhuzaimy, ahli kelab terbabit mengumpul dana puluhan ribu ringgit untuk membantu Farid di mahkamah.

“ Tindakan dia menutup periuk nasi ribuan ahli kelab termasuk 15 pelakon,” katanya.

Antara pelakon yang membintangi Remp-It 2 ialah Dayana Roza, Cat Farish, Achey, Mamat Raja Lawak, Kazar Saisi, Jaa Sazuran, Arin Raja Lawak, Azlan Komeng, Amai Kamaruddin serta penampilan istimewa Aiman Tino dan Black Hanifah.

Filem yang sepatutnya menjalani penggambaran di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor bulan lalu itu dijangka ditayangkan Mac tahun depan.

Menurut Zulhuzaimy, lebih mengecewakannya apabila teaser dan majlis pelancaran filem itu sudah dilancarkan Mei lalu termasuk promosi di media sosial.

Tegas Zulhuzaimy, biar apa pun yang berlaku dia tidak akan meninggalkan kelab itu kerana mereka hidup susah senang bersama.

Sumber: hmetro


Hantar Komen