‘Ini Baru Betul Majlis Raikan..’ – Suap Anak Yatim & Asnaf Makan, Tindakan Abam Polis Ini Dapat Pujian Netizen

Bulan Syawal masih lagi berbaki kira-kira dua minggu lagi. Sudah tentu sambutan hari raya masih berjalan dan undangan rumah terbuka mulai diterima.

Tidak kira sektor swasta ataupun kerajaan, sambutan hari raya semestinya disambut bagi berkongsi rezeki kepada semua lapis masyarakat dan juga dalam kalangan staf sendiri. Hal ini tidak terkecuali pihak berkuuasa seperti PDRM.

Mereka ini terdiri dari kanak2 yang yatim piatu atau golongan asnaf. Tindakan pegawai ini sesikit sebanyak menggembirakan mereka. Kelihatan dalam rakaman, bersungguh2 mereka seronok mahu disuap. Salah seorang anggota juga turut memberi minuman buat anak2 keciI itu.

 

Petang tadi, pihak PDRM di bahagian Kelantan telah mengadakan jamuan hari raya di rumah Anak-Anak Asnaf dan Yatim di Pusat Rohaniah Pasir Putih. Sudah tentu jamuan makan dan aktiviti suai kenal diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

VIDE0 PENUH : TEKAN LINK INI

Namun begitu, paling mencuuri tumpuan adalah tindakan beberapa pegawai polis yang menghampiri anak-anak tersebut serta menyuap makanan kepada mereka.

 

Momen hiba itu telah dirakam dan dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Zack Zaquan di laman Facebook Ambo Ore Kelate (AOK) petang tadi.

Menerusi rakaman video itu, dapat dilihat dengan jelas kanak2 kecilI tersebut makan dengan berselera sekali.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen diruangan Facebook Zack dengan menzahirkan rasa sedih melihat anak-anak di pusat jagaan tersebut yang tiada ibu dan ayah dan juga tidak berkemampuan. Mereka turut berasa terharu atas tindakan para anggota polis yang ikhlas menyuap makanan kepada anak2 itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Zack Zaquan, Ambo Ore Kelate via CelotehSaje


Hantar Komen