“Bercinta 9 Tahun, Kahwin Hanya 3 Bulan..” – Kisah Cinta Lelaki Ini Bersama Arw4h Isteri Buat Ramai Sebak

Tiada siapa dapat menduga takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Sebagai seorang hamba, kita hanya mampu merancang dan menerima dengan redha.

Di Twitter, seorang lelaki meluahkan rasa hiba kehilangan isteri setelah genap tiga bulan berkahwin. Isteri yang merupakan seorang doktor pelatih di Hospital Temerloh meningg4l dunia dipercayai akibat tum0r ot4k.

 

Bercinta 9 tahun, kahwin 3 bulan….

 

Majlis dipercepatkan….

 

Majlis kahwin kami….

 

Allah itu sebaik-baik perancang…

 

Al-Fatihah….

Syg, sungguh berat ujian ini, kdg saya terfikir bagaimana utk meneruskan kehidupan tanpa awak, Allah ambil awak semasa kita sedang masih rancak bercinta, hanya 3 bulan kita sempat melalui kehidupan sbg suami isteri, itu yg kita impikan semasa awal perkenalan tahun 2010 dahulu, tiba hari pernikahan 23 Mac lalu, Allah je tahu betapa bersyukurnya dan gembiranya kita selepas cita-cita dan impian kita tercapai, pertama kali saya imamkan awak, awak menitiskan airmata, semua perkara kita rancang dgn teliti. Tetapi Allah itu sebaik baik perancang, awak tinggalkan saya ketika kita masih belajar utk menjadi suami isteri yg baik, ketika kita masih duduk berjauhan. Alhamdulillah sempat menjadi suami walaupun tidak sempurna. Harini genap 2 minggu pemergian awak. Semoga awak tenang dan ditempatkan di tempat org yg solehah kerana itu yg selayaknya utk awak. Terima kasih juga tinggalkan kenangan manis dan keluarga yang baik kepada saya. #alfatihah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Limau Manis Press

Sumber : Syahrain via OHbulan


Hantar Komen