[VIDEO] Gelagat Gadis Ini Bila Ternampak ‘Pocong’! Bikin Netizen Terhibur Dan Raih Lebih 300K Tontonan

Berhadapan dengan hantu bukanlah sesuatu yang boleh dijangkakan. Sememangnya ramai di antara kita yang takutkan kehadiran makhluk yang satu ini. Mungkin kerana paras rupa dan fizikal yang menakutkan membuatkan kita tidak mahu terserempak dengannya.

Namun baru-baru ini satu video yang memaparkan sepasang kekasih di dalam kereta dan tiba-tiba muncul ‘pocong’ di tempat duduk belakang menarik perhatian ramai.

Bukannya rakaman menyeramkan, tapi menggelikan hati melihat gelagat si gadis yang ngeri melihat ‘pocong’ tersebut!

Difahamkan rakaman itu adalah untuk suka-suka mengenakan teman wanitanya sahaja. Manakala ‘pocong’ tersebut adalah rakan kepada lelaki itu yang turut berkomplot berlakon menjadi pocong.

Video itu menjadi tular selepas raih lebih daripada 27,000 retweets dan 321,000 tontonan.

Korang tonton sendiri gelagat gadis ini melalui video di bawah:

Rata-rata netizen yang menontonnya meninggalkan komen seperti berikut:

“Check member ok tak lepas kena ketuk kepala.”

       

 

       

 

Sumber: Fathnhzwani via HCL


Hantar Komen